Wednesday, December 31, 2008

:: Selamat Tahun Baru 2009!! ::

Bismillah...
Tinggal beberapa jam lagi akan melangkah ke
Tahun Baru 2009..
Selamat tinggal 2008 yg penuh suka dan duka..
It brings in ..

New Hope...

New Aspirations...

New Resolution...

A Whole New Beginning...

Semoga tercapai semua impian dan harapan...
Dan semoga segala yg diimpikan menjadi
kenyataan!!!..Amin...

Wednesday, December 24, 2008

:: Kenangan Itu ::


Bismillah..

Kenangan yang pahit lebih bermakna dari mimpi yang indah....
Kenangan itu kadangkala teramat pahit untuk diredah
Tetapi ia terlalu manis untuk dikenang
Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan
Andai hadirnya cinta sekadar untuk mengecewakan,
lebih baik cinta itu tak pernah/perlu hadir.
Kecewa bercinta bukan bermakna dunia sudah berakhir.
Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan.
Hidup ini indah jika kita tahu menghargainya...
Tapi ia amat menyakitkan andai kita melaluinya sambil lewa...
Moga akan kembali ceria kehidupannya nanti...
InsyaAllah...


Friday, December 19, 2008

:: Kita Bertanya & Kita Berkata ::

Bismillahirahmanirahim..

Untuk renungan bersama..

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
Quran menjawab :
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
Quran menjawab :
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu itu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." - Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
Quran menjawab:
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
- Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
Quran menjawab:
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA ?
Quran menjawab:
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
Quran menjawab:
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
Quran menjawab:
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta merekadengan memberikan syurga utk mereka... ? - Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
Quran menjawab:
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." - Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
Quran menjawab:
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." - Surah Yusuf ayat 12

W'salam...

Thursday, December 4, 2008

:: Mentera Beradu ::

Bismillah!

(M.Nasir)
Gerakkan Hati… Hati gerakkan…
Pandanglah aku.. aku lah dia..

(Malique)
Kulitku tebal.. ku kebal.. ingatku kebal..
hanya berbual makan angin kembung perut mual…
resah dan tidak senang.. hidup tak pernah lenang..
ku schizo paranoia takut pecah tembelang

(M.Nasir)
Pecah tembelang… peta dah hilang…
bangau dah pulang… suara sumbang..

(Malique)
Lidahku kaku tak selicin kuku
teman baikku buku
bini ku pena.. tak pernah lena
aku suka mengintai pantang ditenung
berakhir pertelingkahan dalaman
pasti belum
Ikut gerak hati.. pena melayang
dilihat dua layang pandang
tak lah sekarang
takat meradang
tanya.. abang gedang, apa barang?
badan macam badang
main macam belakang parang
Kuhunuskan keris musuh ada pistol
tradisi kekalkan adaptasi harus betul
tujuh baris keramat tujuh garis penamat
baik berpada biar jahat asal selamat

(Suara Latar)
Ramai saudaraku yang baik telah dipijak

(M.Nasir)
Awan mendung yang berarak bawa tangis bawa resah
rebah rindu yang terkumpul
semua birat dan kalimah semua janji yang terikat lebur disisimu

(Malique)
Yo! ijazah terbaik datangnya dari jalanan
dari pengalaman bercakap dan bersalaman
konflik motivasi cuba medatasi
positif dan benci jadi inspirasi pagi
Peduli itu interpretasi basi pekakkan sebelah
halang biar keduanya muka cantik
soalan bodoh yang ditanya jadi melodinya
lebih hina dari zina
Lu bikin dosa ku bikin prosa
testosterone testarosa
citacita sosa kl kl kosa nostra
jalan berliku ku harung roller coaster
gah sentosa tiada penyesalan
luas pandangan jauh dah berjalan
tak sempurna masih ada kejanggalan
gagal merancang, merancang kegagalan

(M.Nasir)
Awan mendung yang berarak bawa tangis bawa resah
rebah rindu yang terkumpul
semua birat dan kalimah
semua janji yang terikat lebur disisimu

Kucing bawa tidur rimau bawa igau
masuk tempat orang bawa otak bukan pisau

(Malique)
Naik bukit angkuh cakap ayah jangan risau
turun bukit pucat dengar tiga miaww
kucing bawa tidur rimau bawa igau
masuk tempat orang bawa otak bukan pisau
tolak pintu gua tiga kerat tenaga
kosong tak dijaga sampai datang tiga naga
ingat nak berlaga tapi tak kan boleh menang
menang dengan otak tak mesti dengan pedang
Sebelum jadi bangkai ikan koi renang renang
pura pura salah jawapan untuk naik berang
panggil lima kawan atau biar pergi laju
risaukan pekara remeh kita tak akan maju
muka sama hijau hati siapa tahu
merah dah menyala pasti mati siapa mahu
gagap tiga kali bercakap benar saja
bulan terang ramai yang keluar buat kerja

(Malique + M.Nasir)
Panjat pokok buluh cari tukun air terjun
naik sampai nampak dah terpegun turun
tiga ular ikut lompat atau paut
kalau lari mati jika jerut maut

(M.Nasir)
Awan mendung yang berarak
bawa tangis bawa resah
rebah rindu yang terkumpul
semua birat dan kalimah
semua janji yang terikat
lebur disisimu
Puisi hati mu… hati mu puisi
palu hati ku palu hatiku

(Malique)
Kulit tak bersalin walau saling ganti baju
pandang sini pandang siniku
berbahasa baku kata kata nahu
himpun jadi satu
mantera beradu dengan irama dan lagu

(Suara Latar)
Akhirnya sempurna….

Wednesday, November 26, 2008

:: Happy Birthday To Me ::


Happy Birthday To Me!!

Byk nyer lilin!!!!* tue sekadar perhiasan eh.. besday kek aku tahun nie lagi comel dari nie.. hahahaha...
Harapan aku semoga dimurahkan rezeki.. dipanjangkan usia.. iskk byk seh nak tulis..
senang citer.. diberkati & di rahmati di dunia dan di akhirat..
Impian tue byk.. semoga tercapai la kan..
aminn...

Thursday, November 20, 2008

:: Keistimewaan Doa Ketika Bersujud ::

Salam,

Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah. Katakanlah apa sahaja di dalam hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s. a. w. yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan doa didalamnya. Sabda Rasulullah s. a. w :-
"Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya."

Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.

"Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, imam
yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang
tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar."

Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat manfaat atau sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan Allah dunia dan akhirat. Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa di dalamnya. Rasulullah s. a. w biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat hairan kerana lamanya baginda bersujud.

Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh baginda dalam sabdanya yang bermaksud:-

"Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya
di hari kiamat"
Mendengar itu para sahabat bertanya:
"Bagaimanakah engkau dapat mengenali mereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah?"

Jawab baginda:
"Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta
dimasuki oleh seekor kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pula
terdapat sekor kuda putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat
mengenalinya?"

Sahabat Menjawab:
"Bahkan !" Rasulullah menyambung: "Kerana
sesungguhnya pada hari itu (kiamat) muka umatku akan putih
(berser-seri) disebabkan mereka bersujud (di dunia), segala anggota mereka ( terutama anggota wudu') putih berseri-seri oleh cahaya wudhu' !!!"

KEISTIMEWAANNYA
---------------------------
Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya. Rasulullah s. a. w. bersabda yang bermaksud:-

"Apabila Allah hendak melimpahkan Rahmat (kebaikan) kepada ahli-ahli neraka yang Dia kehendaki, Dia pun memerintahkan malaikat supaya mengeluarkan orang-orang yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan dan mereka dikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka), di mana Allah menegah neraka memakan (menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka pun keluar dari neraka, maka setiap tubuh anak Adam akan dimakan api neraka selain bekas sujud."

Begitulah Allah memuliakan hamba-Nya yang bersujud. Orang yang sujud mendapat keistimewaannya apatah lagi di dalam sujud itu kita berdoa. Sudah tentu mendapat perhatian yang sewajarnya. Semoga kita akan menjadi hamba yang benar-benar mendapat rahmat.

Wassalam.

Monday, November 17, 2008

:: Sekilas Pandang ::


"Tuhan menguji ibu bapa dengan perangai anak-anak kerana kasih
sayang tuhan kepada kita. Tuhan susahkan sikit kita di dunia ini supaya kita di
akhirat nanti tidak susah dengan azab api neraka."
w'salam..

Thursday, November 6, 2008

:: Sharing Is Caring ::


Salam,


Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah
sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan
yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat
pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.

Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka
tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu
lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.


Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam
buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan
pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.


Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita miliki
sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak
tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.


Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian
yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta
sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka
tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda.


Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk
menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi
ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.


Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya adalah palsu.
Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang boleh
membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman
untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum.


Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramat rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.

Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang
untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.

Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup dan abadi untuk membuatkan diri anda
menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan
anda bahagia.

Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala
yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang
datang di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka
yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka
yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia
yang telah menyentuh hidup mereka.


Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan
tangisan. Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang
lalu yang telah dilupakan.


Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda
melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.


Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda meninggalkan dunia yg fana ini nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.



***********************

Monday, November 3, 2008

:: Hatiku Luka ::

Salam,
Ekceli ader mcm2 nak tulis...
TAPI..
Entah la erk..
Kadang-kala bila berkecil hati dan kita berdiam adalah tindakan yang terbaik..
Hmmm.. maybe at this moment la kan...
Ya Allah... Kau tabahkan lah hati hambamu yang lemah ini...
Mungkin ini satu ujian dari-Mu..
Tak per... Bersabar tue kan separuh dari iman..
(* Tgh pujuk diri sendiri untuk lebih cool.. hikhikhik)
TAPIKAN...
Rahsia Hati tak Siapa Yang Tahu..
SO......... ....... ..............????
Hmmm... Ntah la labu....

Wednesday, October 22, 2008

:: Untuk Pengetahuan & Dikongsi Bersama ::

Salam,

Menurut Ustaz, masyarakat Melayu telah lama buat salah dalam 'membantu' seseorang menghadapi sakaratul maut. Menjadi kebiasaan, kita akan mengelilingi orang yang tengah nazak dengan masing2 membaca surah Yasin,dengan bacaan yang tersendiri dan bermacam2 ragam (setengah dengan tartil, setengah bacaan laju). Perbuatan sebegini akan menjadikan orang yang tengah nazak merasa lebih kelam kabut (kerana menurut ustaz sebelum datangnya kematian, kita 'disibukkan' dengan segala gambaran perbuatan kita di dunia). Kaedah yang sepatutnya diamalkan ialah:-

i) Lantik seorang yang bacaan Al-quran nya baik (dari segi tajwid) untuk membaca surah Yasin - yang lain2 bole bersama2 semak.
ii) Sebaik2 orang yang dilantik itu adalah anak ataupun saudara terdekat yang mempunyai perasaan kasih pada orang yang tengah nazak.
iii) Merenung wajah orang tengah nazak sebelum surah Yasin dibaca untuk menimbulkan rasa belas kasihan dan mudah2an surah yang dibaca boleh membantu pencabutan nyawa beliau.
iv) Membaca 3 hingga 4 kalimah Surah Yasin, berhenti, dan menolong (menuntun) beliau untuk melafaz "Laa ila ha illallah".
v) Kemudian menyambung semula bacaan, baca 3 hingga 4 kalimah, berhenti lagi, dan menolong beliau mengucap "Laa ila haillallah" lagi.
vi) Diteruskan sehingga lah beliau menghembuskan nafas yang terakhir.

Semoga ini dapat meningkatkan lagi ilmu pengetahuan kita dalam 'membantu' saudara mara atau mak ayah kita dalam menghadapi sakaratul maut. Dan semoga kita mendapat segala rahmat serta hidayah-NYA dlm membuat amal kebajikan dengan cara yang betul bukan semata2 melalui ikutan adat.

Wednesday, October 8, 2008

:: Salam Lebaran 2008 ::

Kepada semua.........

Dengan Ingatan Tulus Ikhlas:-


Selamat Hari Raya Aidilfitri

Maaf Zahir & Batin

Dengan hati yang tulus ikhlas, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyusun sepuluh jari memohon ampun dan seribu kemaafan atas salah dan silap saya yang tersirat dan tersurat...semoga dengan kemaafan ini dapat kita membersihkan hati dan nurani agar terbuka pintu rahmat untuk kita semua..........

Tuesday, September 16, 2008

:: Ramadhan di jalani.. Syawal dinanti ::

Salam,

CaK!!!!.. Lamenyer aku x mengupdate kat sini kan.. bukan ape..
x der mood la.. mood aku kejap 50:50... kejap 60:40.. kejap 70:30..
sungguh tak stabil... huhuhuuhu...

Yeahaa!!... hari nie dah masuk hari ke-16 kita berpuasa..Alahmdulillah..
Setat dari semalam kat radio dah ader yg on lagu-lagu raya...
Baru la terasa & ader semangat nak wat persiapan raya..hehehehe..

Tahun nie aku mayb wat persiapan yg ala kadar jek..
x mo membazir & poket aku pon kureng sket tahun nie.. huhuhu..
Nie tgh pikir2 bape hengget la nak kasik duit rayer kat anak2 sedara ku tue..
Walaupon baru 3 org anak sedara!!!.. hahhaha.. tapi yg ramainyer adik2 sepupu aku tue..
berderet2 dah mcm keteapi... ;D~

Oklah.. Selamat abiskan pose & Selamat menyambut Aidilfitri..

Salam.. Adiiooss!!

Tuesday, August 26, 2008

:: Selamat Berpuasa Buat Semua ::


ﻪﺘﺎﻜﺮﺒﻮﷲﺍﺔﻤﺤﺭﻮﻡﻜﻴﻠﻋﻢﻼﺴﻠﺍ


Ramadhan sudah diambang pintu,

Jika Allah berkehendak

InsyaAllah kita akan menemui Ramadhan penuh barokah.

Semoga kata taqwa InsyaAllah akan menjadi milik kita

yang berharga sebagai modal untuk langkah kita selanjutnya

Sementara salah paham, kesedihan, ego, sakit hati, adalah

sebahagian dari proses kehidupan kita.

Tapi Allah membuatnya dengan sangat sempurna,

tidak ada yang sia - sia dari apa yang sudah

Allah kemas dengan baik dalam bingkai rumah kehidupan kita

Tidak ada yang lebih mulia pada hari di mana semua malaikat memanjatkan doa,

di mana tidak ada kegiatan baik yang tidak dilipat gandakan amalannya oleh Allah.


"MAKA NIKMAT TUHANMU YANG MANAKAH YANG KAMU DUSTAKAN..."


teringat ayat ini terus berulang di Ar-Rahman...

teringat kelemahan diri akan segala khilaf dan salah...

semoga Ramadhan ini membawa kebaikan, dan kesejukan...

seperti layaknya embun di pagi hari

berkilau tertimpa cahya mentari...

semoga di masa mendatang terus dianugrahi keheningan hati...

seperti layaknya telaga Kautsar..

Dengan segala kekurangan dan kerendahan hati

serta keikhlasan atas semua kekhilafan dan kelalaian

yang pernah saya lakukan baik secara langung maupun melalui dunia maya...

Jauh di dalam hati yang sentiasa di dalam genggaman Allah,

Saya mengucapkan

"Marhabban Ya Ramadhan, Mohon Maaf Zahir dan Batin"

Semoga Allah mengampuni semua dosa-dosa kita dan

memberikan Barkahnya di Bulan penuh Hikmah ini.


Wassamu'alaikum Wr. Wb

Friday, August 15, 2008

:: GERHANA ::

27th Aug the Whole World is waiting for...........
Planet Mars will be the brightest in the night sky starting August. It will look as large as the full moon to the naked eye. This will cultivate on Aug. 27 when Mars comes within 34.65M miles off earth. Be sure to watch the sky on Aug. 27 12:30 am. It will look like the earth has 2 moons.
The next time Mars may come this close is in 2287.
Salam... addiiooss!!

Monday, July 28, 2008

:: F.r.i.e.n.d.s.h.i.p.::


Salam,

Friendship... Byk maksud kan?? Berkawan biar beribu.. Berkasih biar satu...
Betapa penting nyer sesuatu persahabatan.. Semua org perlukan persahabatan..
Semua nyer seperti yang terkandung di atas..

[P/s: Buat semua teman2/rakan2/sahabat2 ku.. i'll really appreaciated our relationship..T.F.E]

Salam.. addiooosss!!

Tuesday, July 22, 2008

:: Durian.. Durian.. Durian.. ::















Salam..

Fuuhh!!!.. Petang nie baru berkesempatan nak cerita pasal durian..BZ giler setat dari last week sampai la this week..Nih nak citer pasal pegi kutip durian.. :) Pepagi ari ahad yg lepas (20/07/2008) aku sekeluarga pegi kebun durian.. Actually kebun durian nie bukan kebun kitaorg.. tapi kira kitaorg pajak la untuk pagi tue.. wat macam kebun sendiri.. muehehehe.. Kitaorg kutip durian, mkn durian kat situ gak... tak cukup dengan tue kitaorg siap bawak balik lagi durian penuh bonet kete aku.. huhuhuhu..
Aku satu family mmg suka sangat makan durian nie.. teringat mase kat kampung dolu-dolu.. pokok durian nie belakang umah jek.. sampai dah x heran dah.. bile duduk kat JB nie, duduk pulak kat kawasan taman perumahan.. mane la nak ader pokok durian belakang umah kan.. hehehehe..



Sape-sape yang ader kebun durian tue jangan ler segan-segan nak ajak kitaorg pegi kutip durian kat kebun korang eh.. hahahha.. lol!

Addiooss!!... Nanti ngomel lagik.. nie pon curik-curik mase nih!!.. adehh!!

Friday, July 11, 2008

:: Doa dari Hamba-MU ::

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ya Allah, seandainya telah engkau catatkan
Dia milikku, tercipta buatku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan antara kami
Agar kemesraan itu abadi...

Ya Allah yang Maha Mengasihani
Seiringkanlah kami dalam melayari hidup ini
Ketepian yang sejahtera dan abadi
Maka jodohkanlah kami...

Tetapi, Ya Allah
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku
Bawalah dia jauh dari pandanganku
Luputkanlah dia dari ingatanku
Dan peliharalah aku dari kekecewaan...

Ya Allah yang Maha Mengerti
Berikanlah aku kekuatan
Menolak bayangnya jauh ke dada langit
Hilang bersama senja yang merah
Agar aku sentiasa tenang dan bahagia
Walaupun tanpa dirinya di sisi...

Dan, Ya Allah
Kau gantikanlah yang telah hilang
Meskipun tidak sama dengan dirinya...

Ya Allah yang Tercinta
Pasrahkan aku dengan takdirmu
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku...

Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui
Segalanya yang terbaik buat hambaMu ini
Ya Allah cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku
Di dunia dan akhirat...

Dengarkanlah Ya Allah
Rintihan dari hambaMu yang amat daif ini
Janganlah engkau biarkan aku sendirian
Di dunia ini mahupun di akhirat

Janganlah Engkau menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran
Maka berikanlah aku seorang pasangan yang beriman
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup
Dan, kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah

Ya Allah, berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat
Dan peliharalah kami dari azab api nerakaMu
“Ya Allah sesungguhnya aku menyerahkan diriku kepadaMu
Dan menghadapkan wajahku ke hadapanMu
Menyerahkan persoalan-persoalan hatiku kepadaMu
Aku berlindung kepadaMu kerana aku senang dan takut kepadaMu
Tidak ada tempat berlindung dan tempat kembali kecuali kepadaMu
Aku beriman kepada kitabMu yang Engkau turunkan dan,
Aku beriman kepada Nabi-Mu yang Engkau utuskan
Maka berkat Engkau yang Maha Tinggi, Engkau yang Maha Kaya
Sedangkan aku hamba yang paling miskin
PadaMu aku mohon ampun dan aku bertaubat kepadaMu, Ya Allah aku memujaMu,
Kau berikanlah aku mimpi yang benar, bukan mimpi yang bohong, berilah aku mimpi yang baik dan menggembirakan, bukan yang menyedihkan , mimpi yang berguna bukan yang menyengsarakan...”
Amin.. Ya rabbal alamin...
Salam.. Addiiooss!!..

:: ~ SEPI ~ ::

~ SEPI ~
Sepi hati terjadi lagi
Mungkin sampai mati aku sepi
Biar senyum hadir di hariku
Namun ini hanya ada di bibir
di bibir saja
Aku ini yang bisa mengerti
Walaupun yang lain mau mengerti
Namun berat beban hidupku
biarkan saja
Biar saja hanya ku yang tahu

Sejarah cinta dan hidupku
Penuh duri dan banyak ranjau
Butuh kesabaran yang penuh
Untuk tetap ku berdiri

Oh.. ada saatnya ku bicara
Bila hatiku telah bulat
Sepanjang ku bisa atasi semua
aku tetap diam

Woo.. sejarah cinta dan hidupku
Penuh duri dan banyak ranjau
Butuh kesabaran yang penuh
Untuk tetap ku berdiri

Oh.. ada saatnya ku bicara
Bila hatiku telah bulat
Sepanjang ku bisa atasi semua
aku tetap diam
Salam.. addiiooss!!

Wednesday, July 2, 2008

:: Filem SEPI ::

Salam,

Selepas aku pass exam ari Sabtu lepas, aku ngan member aku dua org (kak mas & CT) pegi tengok wayang citer SEPI kat GSC Pelangi Leisure Mall. Punyer la excited nak tgk citer nie.. kitaorg adalah org yg paling awal masuk kat wayang citer SEPI.. Giloss kan!! Best citer nie... Tapikan sebab utama aku rasa nak menonton adalah kerana Afdlin Shauki & Vanida Imran. Ok.. aku kasik sinopsis citer nie dulu..

Sepi (menurut sinopsis dari laman web rasmi) adalah sebuah kisah berkisarkan tiga individu lelaki yang hidup di bandar mengenal erti cinta, kehilangan & kesepian.

Adam adalah seorang chef muda yang berjaya — pakar dalam bidang pembuatan manisan (kek) untuk majlis perkahwinan tetapi masih bujang dan sedang mencari pasangannya sendiri. Kemudian, seorang lagi insan bernama Sufi yang berlari berbatu-batu sehari sebagai percubaan untuk melupuskan memori bersama isterinya yang telah meninggal dunia. Seorang lagi bernama Ariel (atau Khalif) yang merupakan penggiat teater sedar yang pentas teater adalah tempat di mana masa silamnya mampu diselesaikan dan masa depannya mampu di lihat.

Ketiga-tiga watak ini bertemu pada satu titik kisah dramatik yang mengubah kehidupan mereka selamanya. Dan, filem ini juga menampilkan pelakon-pelakon wanita yang bukan calang-calang. Afdlin Shauki dipasangkan dengan Vanida Imran & Nasha Aziz. Pelakon wanita utama lain adalah Eja & Baizura Kahar. Rozita Che Wan & Sazzy Falak juga ada sebagai pembantu.

Walaupun filem ini dipenuhi dengan pelakon wanita yang terbaik di Malaysia, filem ini aku rasa lebih kepada filem yang berkisarkan kehidupan lelaki dalam dunia hari ini.

Setelah menonton filem Sepi pada Sabtu lepas, aku boleh kategorikan bahawa filem ini adalah antara filem Malaysia terbaik yang pernah aku tonton. Tiga cerita hebat di dalam satu filem membuatkan aku puas menonton (tapi rasa macam nak tengok lagi..). Berbaloi rasanya membayar tiket berharga RM8.

Pada permulaan filem ini akan tahu bagaimana tiga cerita yang berbeza ini dikaitkan dengan begitu sempurna. Lakonan Afdlin Shauki, Vanida Imran, Nasya Aziz, Eja, Riezman Khuzaimi, Tony Eusoff, Syed Hussein, Baizura Kahar, Pierre Andre dan semua pelakon tambahan teramatlah mantap. Respek betul saya dengan pelakon-pelakon termasuk penulis skrip dan pengarah filem ini. Ini kerana setiap elemen di dalam filem ini dirasakan cukup ramuannya, tidak berlebih-lebih dan yang paling penting.. logik.

Pengajaran yang aku dapat dari filem ini ialah :-


1) Kalau nak melintas jalan tue kene toleh kiri-kanan dulu.

2) Jangan berangan time driving.. Membahayakan diri sendiri & org lain.

3) Kalau nak kawen, kawen dengan orang yang kita cintai.

4) Pegi la bercuti ngan family sementara hayat dikandung badan.

5) Menyesal dikemudian hari dah tak berguna.

6) Lupakan kisah pahit dan mulakan kehidupan baru.

7) Rupa-rupanyer org yg bercakap sengsorang tue dia nampak org yg berbual ngan dia tue.. kita jek yang x nampak.. (kalau korang nak kepastian, korang pegi tengok citer nie. :) )

8) Lastly, cinta tak datang hanya sekali (nie paling penting)

[Citer nie best..best..best.. masih terbayang2 lagi jalan citer nie..]

Salam... adiiossss!!!

Saturday, June 28, 2008

:: Yahoo!!! Aku PASS exam FMUTM ::

Salam,

Nie nak kongsi kegembiraan ngan korang.. Hari nie Sabtu (28/06/2008) aku telah PASS FMUTM exam.. so lepas nie aku akan ader agent code untuk wat unit trust nie.. Best sangat!! dah lame aku tunggu akhirnya berjaya jugak.. Alhamdulillah..Syukur..

Oklah.. jap lagi nak g tgk wayang citer "SEPI".. Hati dah senang.. hehehehe..

[Berbaloi segala usaha yg aku lakukan.. Usaha Tangga Kejayaan.. :)]


Salamm.. Addiooss!!

Thursday, June 26, 2008

:: Semoga Berjaya ::

Salam,

Untuk pengetahuan korang semua, hari Sabtu nie (28/06/2008) aku ader exam untuk unit trust (FMUTM).. So, hopefully sangat-sangat yang aku akan lulus exam kali nie.. Korang doakan aku lulus exam nie eh..

Hari Ahad pulak aku ader class kat Johor Port. Nie last class untuk module 'Marketing in Transport Management'. Lepas abis class nie aku kene prepare untuk exam yg nie pulak...
Iskk.. aku nyer thesis lom buat ape2 lagi nie.. 25/07/2008 nie nak kene present kat lecturer aku kat Hotel Hyatt.. Fuuhh~~ aku kesuntukkan masa..

[ Wish me best of luck!! ]

Salam.. Addiioss!!

Wednesday, June 18, 2008

:: Jadual Yang Padat ::

Salam,

Skang nie aku mcm tak der mood nak update.. Sejak kawan aku yang sorang tue dah membawa diri ke Myanmar.. Time dia kat sini dulu ader la jugak aku update.. Iskk.. Rinduku datang bertandang lagi.. Makcik oiii... cepat la balik sini.. Aku dapat tau ujung bulan nie dia kene pegi China la pulak.. Aduusshhh... Terasa masa itu terlalu lambat berlalu dari hari ke hari... :(

Aku pulak skang nie sibuk ngan keje-keje aku.. Setiap malam Selasa aku ader mini GBOP kat opis CIMB.. Ari Selasa dah tentu aku akan sampai umah paling lambat kul 12:30 tgh mlm..
Setiap hari Khamis pulak aku ader training BNRS.. Nie pon same for sure aku akan sampai umah tgh mlm.. Malam-malam yang lain tue kalau ader appointment ngan prospect kene la penuhi.. Tue kalau hari-hari bekerja la.. Hari Sabtu ngan Ahad pulak biasanyer aku & the gangs (GV Ultra Group- Group agent unit trust) akan ader road show.. Then hari Ahad pon same.. Kalau x der roadshow aku ader kelas kat Johor Port (kelas untuk Logistics & Transport Management).. Kelas nie mmg aku kene pegi sbb azam aku tahun nie nak abiskan study nie then nak graduate tahun nie jugak.. Plan bulan November nie graduation day!.. Mane nak wat assignment.. mane nak wat thesis.. huhuhuuhu... ader sesapa yg bole tolong aku watkan thesis tak :p.. Pening pale den..

[ Walau ape pon yg terjadi aku kene harungi semua nie kerana ini jalan yang aku pilih.. untuk kebaikkan aku jugak kan.. :) ]

P/S untuk Heidi :- Aku rindu banget sama kamu..

Salam... Adiiooss..

Wednesday, June 11, 2008

:: Program Baik Untuk Anda & Keluarga Tersayang ::

Salam,

Isu kenaikan Harga Minyak memang memeritkan semua masyarakat Malaysia.
Harapkan penurunan harga minyak dari kerajaan umpama menunggu buah yg tak gugur
atau pun umpama tunggu hujan di langit, air setengah tempayan dibuang...
Tengok negara-negara maju yg lain... Sekaya mana pun, kerajaan mereka tetap tak mampu nak tolong semua orang... susah kalau kerajaan tidak boleh buat MAGIC!!!! nak tolong semua orang susah...

Kalau boleh pun semua negara-negara maju & makmur macam Malaysia di penghuni oleh orang kaya sahaja ... tidak mungkin manusia ada yang jimat & ada yang boros.....yang mana satu kah anda? Jadi jangan salahkan sesiapalah kalau orang kaya makin kaya kerana rajin berusaha dan orang susah makin susah kerana banyak alasan untuk tidak berusaha...

Kerajaan sekarang pon dah dok pikir nak benarkan kakitangan awam buat keje lebih, keje sambilan untuk tambah pendapatan. Harga minyak dunia tidak mungkin akan turun.....malahan akan naik lagi.. sebab hasil minyak bumi kian pupus...

Inflasi di malaysia akan meningkat dari 6% ke 8% ke 15% mungkin lebih lagi.. ke 20% selepas kenaikan Harga Petrol.

Jadi apakah langkah kita untuk mengelakkan taraf hidup & nilai $ kita dihakis oleh Inflasi?

Rancanglah perbelanjaan anda dari sekarang & mulakan dengan sedikit TABUNGAN......
untuk diri sendiri & keluarga tersayang.

Tahukah anda

# Hanya RM100 setiap bulan saving di ASN/ASB hanya 7%- 8% average tiap-tiap tahun dalam masa 15 tahun simpanan hanya ada RM34000

# Hanya RM100 setiap bulan saving di Unit Amanah CIMB anggaran 15% average tiap-tiap tahun dalam masa 15 tahun simpanan akan ada lebih RM67000

Hanya menabung RM100 untuk seorang anak & cukup utk keperluan perbelanjaan anak -anak ke University setiap sorang...atau untuk pelan persaraaan ke-2 utk simpanan tetap anda.

Nikmati kadar Dividen antara 6% ~ 15% setahun. Berpotensi anggaran hingga lebih ke 20% ~ 40% mengikut kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia & Dunia.

Ikuti Program kami secara :-

1) Pelan simpanan Tunai sekali gus
2) Simpanan bulanan (Auto debit dari regular saving)
3) Pelaburan menerusi KWSP ( No Ahli & Jumlah nilai KWSP ACC1 di perlukan)


Hubungi saya untuk keterangan lanjut.

ITA
019-7326777
CIMB UTS Consultant
(Southern region)

[ Sediakan payung sebelum hujan ]

Salam...Addiiiooosss!!!

:: Menjaga Hati ::





Yovie & Nuno - Menjaga Hati

masih tertinggal bayanganmu
yang telah membekas di relung hatiku
hujan tanpa henti seolah bertanda
cinta tak disini lagi kau telah berpaling
REFF:
biarkan aku menjaga perasaan ini
menjaga segenap cinta yang telah kau beri
engkau pergi aku takkan pergi
kau menjauh aku takkan jauh
sebenarnya diriku masih mengharapkanmu
ooh oooh
masih adakah cahaya rindumu
yang dulu selalu cerminkan hatimu
aku takkan bisa menghapus dirimu
meskipun kulihat kau kini diseberang sana
REFF:
andai akhirnya kau tak juga kembali
aku tetap sendiri menjaga hati
REFF 2x:
sejujurnya ak masih mengharapkanmu
oooh ooohh
[Tengah kemaruk lagu nie.. Best sgt!!! hehehehehe.. :)]
Salam.. Addioosss!!!

Tuesday, June 10, 2008

:: Eisya Dah Balik ::

Salam,

Untuk pengetahuan korang semua, Eisya dah kuar spital semalam petang..
Hepi nyer aku.. Sbb dah dapat tengok muke & kiss pp dia yg comel tue..

Si Eisya nie sebelum tido malam mesti nak aku bedungkan dia dulu.. Barula dia tido nyenyak..
Yang cute nyer.. Kain bedung yg aku bedung badan dia masih kemas sampai ke pagi.. Kire x lasak la budak bertuah nie.. Huhuhuhu..

Citer pasal aku pulak..
Ari Ahad nie aku dah setat masuk kelas balik.. Aku mesti settlekan kelas-kelas aku yg tertunggak tue.. Aku mesti grad tahun nie gak.. Tahun nie grad bulan November tapi date tak confirm lagik..

Then 28/06/2008 nie aku amik exam lagi untuk Unit Trust.. Mudah-mudahan lulus ler kali nie.. Fuhh!!... Penuh jadual aku.. Semua nak kene input dalam aple otak nie..

[Wat to do.. Kene terima dgn hati yg terbuka kerana inilah jalan yg aku pilih.. Bukan senang nak senang]

Salam.. Addiioosss!!!

Monday, June 9, 2008

:: Nur Alia Farisya ::

Salam,

Nur Alia Farisya ialah nama bagi baby girl tue.. Anak sedara aku yg baru tue la..
Kitaorg panggil dia Eisya.. :)

Tapi aku tgh kangen bangat sama Eisya nie.. Dah 3 hari dia kene tahan wad sebab demam kuning.. Entah bila la dia dpt kuar.. Aku kesian kat dia sbb kat wad tue tiap2 ari dia kene amik darah.. huhuhuhu..

Windu sgt2 x tgk muka dia yg comel tue..

[ Hopefully dlm minggu nie dia bole kuar wad..]

Salam.. Addiiosss..

Wednesday, June 4, 2008

:: Anak Sedaraku Yg Baru ::

Tembam tak pp saya?? huhuhu

Nie la dia budak bertuah tue .... hehehe

Salam,

Alhamdulillah.. Baby girl nie lahir semalam (03/06/2008@1220hrs) dengan berat 3.1kg.. Akhirnya penantian itu berakhir jua. :) bertambah la anak sedara mak ngah jadik 3 org skang.. huhuhuhu..

Semalam balik keje aku trus menuju ke hospital semata-mata kerana baby girl nie..
Baby nie lom ader name lagik.. nanti dah ader aku mentioned kat korang..
Sempat la jugak dukung baby nie kat hospital semalam.. Semangat betul..Lenguh lengan mak ngah dia nie.. hehehe..

Maybe hari nie adik aku & baby nie dah bole kuar hospital.. so mlm nie riuh ler umah aku ngan
suara si kenit nie.. :p

Oklah.. nanti aku sambung lagi citer pasal budak bertuah nie..

Salam.. Addiiooss..





Tuesday, June 3, 2008

:: Penantian Satu Penyeksaan ::

Salam,

Penantian satu penyeksaan.. Tapi bera mata memandang, berat lagi bahu yg memikulnya..

Smlm (02/06/2008) aku emergency leave sebab kene temankan adik aku yg sakit nak bersalin.. Pepagi dah pergi Hospital Sultan Ismail.. Sampai sane trus kene masuk bilik saringan.. Lepas doctor check, doc kater dah bukak 2cm.. Then, doc suruh tunggu untuk arrangekan masuk wad.. nak tunggu derang arrange masuk wad amik mase 2 jam!!.. Tunggu lagi dan lagi.. Muke adik aku dah x tentu arah.. manahan sakit perut yg sekejap dtg..sekejap pergi.. Kesian dia..

Lps dua jam menunggu, aku pergi daftar masuk wad.. Mula2 request untuk masuk wad kelas 2 tapi kerani tue cakap kelas 2 dah full.. then dia tempatkan adik aku kat kelas 3.. Nie kes tumpang wad katenya.. Kerani tue cakap kene tunggu kelas 2 kosong then transfer dr kelas 3 ke kelas 2.. Tunggu lagi!!!..

Pagi tdi (03/06/2008) pukul 4 pagi husband adik aku sms aku cakap adik aku dah kene masuk labour room sbb dah bukak 6.5cm.. Aku dah seram sejuk dah bila dapat tau.. trus aku x bole lelap.. Kul 5 pagi aku sms lagi adik ipar aku tanya 'dah bersalin ke lom?'.. Adik ipar aku cakap lom lagi.. Setiap jam aku call dia tny soalan yg same.. Pukul 10 pagi tadi adik ipar aku cakap dah bukak 8cm.. Doc suh tunggu bukak sampai 10cm.. 'Ape doc?? kene tunggu lagi?? Ya Allah.. Sabo jek la..Aku x tau mcm mane keadaan adik aku kat labour room tue.. nak call x bole.. Sampai sekarang nie, time aku tulis entry nie pon (12:15tgh ari) adik aku still tak bersalin lagi..

Susah nyer nak jadik seorang IBU.. Begitu berat tanggungjawab yang harus dilaksanakan..

[ Semoga Adikku & babynya selamat..Ya Allah.. Kau lindungilah mereka..Aminnn ]

Salam.. Addioosss..

Monday, May 26, 2008

:: Pesanan Dari Seorang Sahabat ::


Sahabatku,
Jika hari ini aku terlalu gembira,
Sedarkanlah aku dgn amaran2 Allah.
Jika ku bersedih tanpa kata,
pujuklah aku dgn tarbiah Pencipta.
Jika ku lemah,
Sedarkanlah agar aku berubah.
Dan jika esok ku lena tanpa terjaga,
Iringlah lenaku dgn kalungan doa..
Berjanjilah sahabatku,
Ukhwah kita utk selamanya..

"Kadang² Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
ke mana hilangnya sinar..
Rupa²nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.."

"Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali.
Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.
Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada..."
[Sahabatmu suka kepadamu,tetapi tidaklah tiap-tiap orang yang suka kepadamu itu sahabatmu ]
Salam...Addiosss!!!

Friday, May 23, 2008

:: Jodoh ::


Renungkanlah Sedalam-dalamnya.
Tidak, Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa² kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa² lewat sembahyang. Allah mendengar.
Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.
Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar² mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.
Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.
Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh² bandar raya.
Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar² membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.
Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.
Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?
Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing² padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?
Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa² belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak², carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.
Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar² mengerti tuntutan2nya.
Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus² bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia²nya.
"Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong²nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "
[ Sumber dari email untuk dikongsi bersama.. Masih mencari & menanti jodoh yg telah ditetapkan oleh-Nya.. :) ]
Salam.. Adiiooss..

Thursday, May 22, 2008

:: Caldina Oh Caldina!!! ::



Salam,

Nie nak citer sket.. Pagi tdi when i on my way going to opis, aku terserempak ngan kete idaman aku nie.. Peerrgghh!! x bole tahan sehh.. Baru lak tue.. No Plat nyer JKW 5252...
Siap tonjol blkg nak snap gamba punyer pasal...Sanggup tau demimu wahai CALDINA.. Ishh..Bile la aku nak dapat kete nie erkkk... Best nyerr.. Cun giler kete nie.. aku betul2 addicted kat kete nie.. Kat JB nie kureng la org guna kete nie..sesekali jek bole nampak.. Kalau kat KL dah melambak kete nie..

One more citer hangat pagi2 nie pasal game MU vs Chelsea.. Congrats la untuk para penyokong MU tue kan... Untuk pengokong Chelsea pulak, jgn putus harapan.. Cuba lagi dan cuba lagi..hehehehe..

Oklah...adiioss..Jumpe lagik nanti..

Friday, May 16, 2008

:: Tension ::

~ Tension mengatasi segalanyer.. ~

Nie semua kerana aku FAIL exam semalam.. ekceli nie exam untuk dapatkan lesen jadik agent unit trust.. Paling frust sbb kali nie aku study bersungguh2.. aku x main2.. tapi aku tetap FAIL..
Mungkin belom rezeki aku.. Sepatutnyer mlm tadi (15/05/2008) ader GBOP kat Mutiara Hotel tapi x pegi pon.. Mmg betul2 x der mood.. Huhuhuhu Terima kasih kepada semua yg menyokong usaha aku selama nie..Terutama skali upline aku, AZAM dan yang lain2 gak.. (GV Group)..

[9:15:43 AM] MD AZAM says: Assallammualaikum ...semua
[9:15:53 AM] MD AZAM says: Kembalikan Semangat Ultra yang Hilang
[9:16:07 AM] MD AZAM says: Mr Teo pesan jangan putus asa..baca lagi...
[9:16:12 AM] MD AZAM says: pasti berjaya..
[9:16:46 AM] MD AZAM says: Mr Teo percaya ko org klu dpt lesen lps ni pasti akan buat sungguh2..
[9:16:59 AM] MD AZAM says: sebab betapa susahnya nak dpt lesen...
[9:17:44 AM] MD AZAM says: orag yg pass ambik exam sekali saja selalunya akan kurang komitment sbb x rasa keperitan yg ko org hadapi...
[9:18:07 AM] MD AZAM says: so Insyallah rajin2 dtg kelas supaya lepas ni akan Pass Exam...

[9:18:19 AM] MD AZAM says: 8) usaha pasti jaya............
[9:18:49 AM] MD AZAM says: Good Luck My Dino.........
[9:19:39 AM] iTa @->- says: w'salam..
[9:20:11 AM] iTa @->- says: terima kasih pada ko & mr teo yg x putus2 bagi kata2 semangat..

[9:20:22 AM] MD AZAM says: jangan risau Ultra grup akan sentiasa bersama2 anda support dri blakang...
[9:20:28 AM] iTa @->- says: InsyaAllah kitaorg akan tetap teruskan perjuangan nie...
[9:20:43 AM] iTa @->- says: TAPI... kitaorg perlukan mase untuk kembalikan semangat nie...

[9:21:05 AM] iTa @->- says: Ko jgn risau... x bermakna kitaorg diam kitaorg x der submit sales!!!
[9:21:29 AM] MD AZAM says: sale & trainning tu penting...
[9:21:37 AM] MD AZAM says: so kembalikan semangat GV ultra...
[9:21:41 AM] iTa @->- says: Aku akan submit sale pada ko gak..kalau x sempat ari nie.. mayb next week
[9:21:56 AM] MD AZAM says: smlm aku present semangat sbb nmpk wahid,andy siti...
[9:22:12 AM] MD AZAM says: klu ko 2 org ada mesti lai semangat...
[9:22:22 AM] MD AZAM says: ada gugup sket..
[9:22:32 AM] iTa @->- says: tue la..aku dah cakap..walaupon kitaorg berdua x der..ko still ader Wahid, andy & CT
[9:22:59 AM] iTa @->- says: kitaorg pagi2 nie jumpe kak nor tepi jln cendana...
[9:23:08 AM] iTa @->- says: bgtau dia ape yg terjadi...huhuhuhuhuhu
[9:23:15 AM] MASITA says: wsalam..
[9:23:25 AM] MD AZAM says: tp smlm Gv ultra kurang seri tanpa ko org...
[9:24:08 AM] MD AZAM says: Ferio bawak 3 burung..
[9:24:44 AM] MASITA says: terima kasih atas semangat yg ULTRA beri pd kita org...mmg FRUST gilerr....soalan target semua kuar...mybe belum rezeki kita org...yer lah kalau kita org PASS nnt kena FULL TIME pulak.hehehe...sbb dah janji dgn wan kan...
[9:25:10 AM] MD AZAM says: so jgn janji apa2 klu x mampu buat...
[9:25:25 AM] MD AZAM says: mantapkan dlu diri sblm full time
[9:25:27 AM] MASITA says: maaf krn menyecewakan kau....kita dh buat yg terbaik...dari suara ko pon kita org dah tahu dah..
[9:25:50 AM] MASITA says: kita janji pon kalau pass....
[9:26:11 AM] MD AZAM says: x pe yg penting usaha lagi...
[9:26:21 AM] MD AZAM says: jangan putus asa..
[9:27:26 AM] MASITA says: betul...usaha tangga kejayaan...
[9:27:40 AM] MASITA says: kita x mudah putus asa...
[9:27:42 AM] MD AZAM says: aku pon target ko org lulus smlm sbb tgk ko org x putus2 hafal & baca...
[9:27:46 AM] MASITA says: peluang masih ada disini...
[9:28:17 AM] MASITA says: setelah amik yg positif...so belum rezeki...tu jelah yg boleh dicakap...
[9:28:36 AM] iTa @->- says: tue yg kitaorg frust sgt... kalau fail x study x kisah sgt...nie kitaorg study... :(
[9:28:48 AM] MD AZAM says: Ye..
[9:31:05 AM] MASITA says: dalam kepayahan pasti ada sinar nyer....
[9:33:49 AM] MD AZAM says: x pe ko take a rest dlu..
[9:34:01 AM] MASITA says: mybe salah satu cabar buat grop kita....
[9:34:05 AM] MD AZAM says: banyakan semayang sunat minta tenangkan fikiran..

Dari SITI :-
[12:36:18 PM] SITI says: hai..kakak2... lega rasanya semangat u all dah semakin pulih...syukur..alhamdulillah...
[12:37:15 PM] iTa @->- says: tapi lom pulih sepenuhnyer lagi la dik..
[12:37:19 PM] iTa @->- says: huhuhu
[12:37:33 PM] MD AZAM says: slow2..
[12:37:55 PM] SITI says: takper... yang penting dah ada perkembangan ke arah yg lebih baik...

Terima di atas semua sokongan dan dorongan..

[Semoga semangatku tidak terputus di tengah jalan.. Aminn..]

Salam.. Adiooss..

Friday, May 9, 2008

:: Selamat Hari Ibu ::

Detik masa terus berlalu tanpa menanti sesiapa dan semakin hari umur kita pun akan meningkat bersama pengedaran masa. Kita semua dilahirkan di dunia ini melalui seorang yang bernama ibu. Begitu besar peranan dan jasa insan yang bernama ibu ini. Oleh itu renungkanlah sejenak apakah yang telah kita lakukan untuk membalas segala budi ibu ini. Sekurang-kurangnya peluk dan ciumlah ibu masing-masing yang dapat berjumpa atau sekurang-kurangnya telefon ibu bagi mereka yang duduk berjauhan.Bersempena dengan hari Ibu yang akan berlangsung pada hujung minggu ini 11 Mei 2008, di sini dipaparkan sajak yang ditujukan kepada ibu.


IBU

Ibu
Setiap deras degupan jantungku
Engkau mampu merasanya
Ketika aku:
Sedih
Gembira
Gelisah
Naluri ibumu
Bagaikan sebati dalam diriku
Ketika aku sedih
Kaulah ubat kepada duka laraku
Menceriakan dan menghakis
Perasaan yang melunturkan
Semangatku
Ketika aku gembira
Engkau juga turut berkongsi
Kegembiraan yang menyinari saat
Aku hidup di muka bumi ini
Sebagai manusia
Pabila gelisah menyelubungi jiwaku
Engkau masih bersamaku
Menolong menyelesaikan
Masalah yang tak sudah-sudah mengusutkan
Perjalanan hidupku
Ibu
Selagi hayat dikandung badan
Aku akan sentiasa mendampingimu
Membelai dan menjagamu hingga ke hari tua
Ibu
Aku tahu kasih sayang yang kucurahkan kepadamu
Tak setanding kasih sayang ibu kepada anaknya
Namun, terimalah keikhklasanku
Untuk menyayangi
Insan yang mulia ini
Kepada semua ibu-ibu, Selamat Hari Ibu.
Salam, Adiooss..

Wednesday, May 7, 2008

:: Novel ::

Salam,

Sebenarnyer aku nie bukannyer pandai sangat nak mereka ayat-ayat untuk tatapan korang nie.. tapikan redah jerrr!!! Nak citer pasal novel nie..Bukan ape.. ekceli aku baru jek lps g merayap kat blog-blog novelis Alaf 21.. Kagum sungguh aku ngan mereka-mereka nie..ader jek idea derang nie nak tulis novel.. lps satu-satu..

Aku nie kan dulu suka banget bace novel-novel Alaf 21 nie.. Novelisnyer semua best-best..Novelis kegemaran aku ialah Aisya Sofea, Nea Azalea, Norhayati Berahim, Bikash Nur Idris, Lynn Dayana, Damya Hana & Sri Diah. Ingat lagi first novel aku beli ialah "Kau Yang Satu - Nea Azalea".. Setat dari novel nie aku jadik addict nak bace novel.. Setiap bulan aku mesti beli 1 novel.. Dah menjadi kewajipan.. Kalau x beli mcm terasa kelainan tue.. Tue citer dolu-dolu la kan..

Skang pulak dah lame aku tak beli novel. Bukan x nak beli tapi kesempatan untuk aku membaca novel nie dah terbatas.. Nie pon sejak dua menjak nie.. Sejak aku terjebak ngan bisness unit trust.. Aku dah tak der mase untuk membace novel..Agaknyer kalau aku bace dengan keadaan aku yg sibuk skng nie mungkin mengambil mase dalam seminggu untuk aku habiskan satu novel.. Berbanding dengan dulu.. bile dah setat bace raser mcm tak mo stop.. dalam 1 hari jek bole khatamkan satu novel.. Macam mane nak ader mase lepas opis hour jek, mesti ader appointment nak jumpe client untuk unit trust.. kekadang sampai umah tgh mlm kul 12.. Tue hari-hari bekerja.. Kalau public holiday pulak mesti ader jek roadshow unit trust nie untuk aku attend.. Sebab untuk roadshow nie aku gerak under group.. So, komitmen kene ada.. Best gak wat unit trust nie..Ramai org aku jumpe...Aku jugak semakin ramai kawan..

Isshh... mcm panjang pulak aku merepek kali nie erk.. nanti aku upload gambar koleksi novel-novel aku tuh.. sampai dah x der tempat nak letak dah novel-novel nie.. huhuhuhu..
Oklah.. Adiioss.. Sampai Jumpe lagi...

Monday, May 5, 2008

:: Fantasy Of Love ::

Aku betul-betul tertarik ngan video nie.. mmg menakjubkan..

So, enjoy!!..Jangan sampai ternganga mulut tue tgk video nie...

Everything about L.O.V.E..

Nanti sambung lagi... Adioss!!

Wednesday, April 30, 2008

:: Keistimewaan Wanita ::

Jangankan lelaki biasa, nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walau ada segalanya.

Apa yang tiada dalam syurga?
Namun adam tetap rindukan hawa.
Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok.
Untuk diluruskan oleh lelaki.
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus, mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.
Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah,
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.
Didiklah mereka dengan panduan darinya.
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar.
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita.
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal.
Di situlah punca kekuatan dunia.

Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu.
Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman...
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.
Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya...
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab...

Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan..
Ia bukan diskriminasi Allah...sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah....
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya...Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan...
Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus...
Bahkan akan semakin membengkok....Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya...
Bila wanita menjadi derhaka...pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara....
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata...
Tapi binalah kepimpinan...Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri kepadanya...
Jinakkan diri kepada Allah...
Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu...

Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra'
Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah..

Nota dari Hanim : Bertuah sungguh diciptakan oleh-Nya menjadi seorang wanita di muka bumi ini.. Alhamdulillah..

Tuesday, April 29, 2008

:: Roadshow Unit Amanah CIMB ::

Tuan / Puan / Encik / Cik dijemput hadir ke :-

“ MINGGU UNIT AMANAH “

Tempat : Dewan Besar Felda Ait Tawar 2
Kota Tinggi, Johor.

Tarikh : 3 Mei & 4 Mei 2008
( Sabtu & Ahad )

Jam : 9.00 pagi – 5.30 petang

Kenali & pelajari unit amanah untuk mendapat
keuntungan tahunan melalui Skim Unit Amanah

http://www.cimbwealthadvisors.com/

Nie la aktiviti saya untuk minggu nie...
Teramat la sibuk untuk membuat persiapan road show nie..
Penat jgn cakap la kan..Tapi x per...Bersusah-susah dulu,
senang kemudian..Bukan senang untuk senangkan..

Friday, April 25, 2008

:: Hanya Kerana Sebutir Kurma.. ::

Selesai menunaikan ibadah haji, Ibrahim bin Adham berniat ziarah keMesjidil Aqsa. Untuk bekal diperjalanan, ia membeli 1kg kurma dari pedagang tua di dekat Mesjidil Haram.Setelah kurma ditimbang dan dibungkus, Ibrahim melihat sebutir kurma tergeletak didekat timbangan. Menyangka kurma itu sebagian dari yang ia beli, Ibrahim memungut dan memakannya.Setelah itu ia langsung berangkat menuju Al Aqsa.

Empat Bulan kemudian,Ibrahim tiba di Al Aqsa. Seperti biasa, ia suka memilih sebuah tempatberibadah pada sebuah ruangan dibawah kubah Sakhra. Ia solat dan berdoa khusyuk sekali. Tiba tiba ia mendengar percakapan dua Malaikat tentang dirinya, "Itu, Ibrahim bin Adham, ahli ibadah yang zuhud dan wara yangdoanya selalu dikabulkan ALLAH SWT," kata malaikat yang satu."Tetapi sekarang tidak lagi. Doanya ditolak karena 4 bulan yg lalu ia memakan sebutir kurma yang jatuh dari meja seorang pedagang tua dekat mesjidilharam," jawab malaikat yang satu lagi.Ibrahim bin Adham terkejut sekali, jadi selama 4 bulan ini ibadahnya, solatnya, doanya dan mungkin amalan-amalan lainnya tidakditerima oleh ALLAH SWT gara-gara memakan sebutir kurma yang bukan haknya."Astaghfirullahal adzhim" Ibrahim beristighfar.

Ia langsung berkemas untuk berangkat lagi ke Mekah menemui pedagang tua penjual kurma. Untuk meminta dihalalkan sebutir kurma yang telah ditelannya.Begitu sampai di Mekkah ia langsung menuju tempat penjual kurma itu, tetapi dia tidak menemukan pedagang tua itu melainkan seorang anak muda , "4 bulan yang lalu saya membeli kurma disini dari seorang pedagang tua. Ke mana dia sekarang?" tanya Ibrahim."Sudah meninggal sebulan yang lalu, saya sekarang meneruskan pekerjaannya berdagang kurma" jawab anak muda itu."Innalillahi wa innailaihi roji'un, kalau begitu kepada siapa saya meminta penghalalan?" Lantas ibrahim menceritakan peristiwa yg dialaminya, anak muda itu mendengarkan penuh minat..

"Nah, begitulah" kata Ibrahim setelah bercerita, "Engkau sebagai ahli waris orang tua itu, mahukah engkau menghalalkan sebutir kurma milik ayahmu yang terlanjur ku makan tanpa izinnya?""Bagi saya tidak masalah. Insya ALLAH saya halalkan. Tapi entah dengan saudara-saudara saya yang jumlahnya 11 orang. Saya tidak berani mengatasnamakan mereka karena mereka mempunyai hak waris sama dengan saya.""Dimana alamat saudara-saudaramu? Biar saya temui mereka satu persatu."Setelah menerima alamat, Ibrahim bin Adham pergi menemui.

Biar berjauhan, akhirnya selesai juga. Semua setuju menghalalkan sebutir kurma milik ayah mereka yang termakan oleh Ibrahim... 4 bulan kemudian, Ibrahim bin Adham sudah berada dibawah kubah Sakhra. Tiba-tiba ia mendengar dua malaikat yang dulu terdengar lagi bercakap cakap."Itulah Ibrahim bin Adham yang doanya tertolak gara-gara makan sebutir kurma milik orang lain.""O, tidak.., sekarang doanya sudah makbul lagi, ia telah mendapat halalan dari ahli waris pemilik kurma itu. Diri dan jiwa Ibrahim kini telah bersih kembali dari kotoran sebutir kurma yang haram karena masih milik orang lain. Sekarang ia sudah bebas."

Nota dari Hanim:-
Oleh sebab itu berhati-hatilah dgn makanan yg masuk ke tubuh kita, adakah ianya halal?
Lebih baik tinggalkan bila ragu-ragu...Semoga bermanfaat. Allahu a'lam.