Wednesday, July 2, 2008

:: Filem SEPI ::

Salam,

Selepas aku pass exam ari Sabtu lepas, aku ngan member aku dua org (kak mas & CT) pegi tengok wayang citer SEPI kat GSC Pelangi Leisure Mall. Punyer la excited nak tgk citer nie.. kitaorg adalah org yg paling awal masuk kat wayang citer SEPI.. Giloss kan!! Best citer nie... Tapikan sebab utama aku rasa nak menonton adalah kerana Afdlin Shauki & Vanida Imran. Ok.. aku kasik sinopsis citer nie dulu..

Sepi (menurut sinopsis dari laman web rasmi) adalah sebuah kisah berkisarkan tiga individu lelaki yang hidup di bandar mengenal erti cinta, kehilangan & kesepian.

Adam adalah seorang chef muda yang berjaya — pakar dalam bidang pembuatan manisan (kek) untuk majlis perkahwinan tetapi masih bujang dan sedang mencari pasangannya sendiri. Kemudian, seorang lagi insan bernama Sufi yang berlari berbatu-batu sehari sebagai percubaan untuk melupuskan memori bersama isterinya yang telah meninggal dunia. Seorang lagi bernama Ariel (atau Khalif) yang merupakan penggiat teater sedar yang pentas teater adalah tempat di mana masa silamnya mampu diselesaikan dan masa depannya mampu di lihat.

Ketiga-tiga watak ini bertemu pada satu titik kisah dramatik yang mengubah kehidupan mereka selamanya. Dan, filem ini juga menampilkan pelakon-pelakon wanita yang bukan calang-calang. Afdlin Shauki dipasangkan dengan Vanida Imran & Nasha Aziz. Pelakon wanita utama lain adalah Eja & Baizura Kahar. Rozita Che Wan & Sazzy Falak juga ada sebagai pembantu.

Walaupun filem ini dipenuhi dengan pelakon wanita yang terbaik di Malaysia, filem ini aku rasa lebih kepada filem yang berkisarkan kehidupan lelaki dalam dunia hari ini.

Setelah menonton filem Sepi pada Sabtu lepas, aku boleh kategorikan bahawa filem ini adalah antara filem Malaysia terbaik yang pernah aku tonton. Tiga cerita hebat di dalam satu filem membuatkan aku puas menonton (tapi rasa macam nak tengok lagi..). Berbaloi rasanya membayar tiket berharga RM8.

Pada permulaan filem ini akan tahu bagaimana tiga cerita yang berbeza ini dikaitkan dengan begitu sempurna. Lakonan Afdlin Shauki, Vanida Imran, Nasya Aziz, Eja, Riezman Khuzaimi, Tony Eusoff, Syed Hussein, Baizura Kahar, Pierre Andre dan semua pelakon tambahan teramatlah mantap. Respek betul saya dengan pelakon-pelakon termasuk penulis skrip dan pengarah filem ini. Ini kerana setiap elemen di dalam filem ini dirasakan cukup ramuannya, tidak berlebih-lebih dan yang paling penting.. logik.

Pengajaran yang aku dapat dari filem ini ialah :-


1) Kalau nak melintas jalan tue kene toleh kiri-kanan dulu.

2) Jangan berangan time driving.. Membahayakan diri sendiri & org lain.

3) Kalau nak kawen, kawen dengan orang yang kita cintai.

4) Pegi la bercuti ngan family sementara hayat dikandung badan.

5) Menyesal dikemudian hari dah tak berguna.

6) Lupakan kisah pahit dan mulakan kehidupan baru.

7) Rupa-rupanyer org yg bercakap sengsorang tue dia nampak org yg berbual ngan dia tue.. kita jek yang x nampak.. (kalau korang nak kepastian, korang pegi tengok citer nie. :) )

8) Lastly, cinta tak datang hanya sekali (nie paling penting)

[Citer nie best..best..best.. masih terbayang2 lagi jalan citer nie..]

Salam... adiiossss!!!

6 comments:

Anonymous said...

hi...cik hanim...

antara 1-8 tu yg maner awak pilih ?
rasanyer no. 8 kot....hehehe

so buka lah ati awk untuk menerima kehadiran cinta yg baru.... & sygi lah semua insan2 yg penting dalam hidup kita....luahkan apa yg kita pendam dalam semoga kita tidak menyesal di kemudian hari...

:)

HaNiM @ iTa said...

Hi,
Poyonyer ayat.. peerrghh...
dr no 1-8 tue semuanyer berguna..dah terang lagi bersuluh..
:p ..iskk.. nak kene dia nie..


Salam sayang
~ HaNiM ~

Heidi Izam said...

Wohoooooo!!

Sungguh jeles rasa ai..
nak tengok juga uwaaa...

Take care my dear ;)

-Aku Di Hatimu-

farah, s. said...

wah.. bdasarkan cik hanim nye komen pasal cite ni..rase mcm nk tengok je.. mesti best... btw sape director dia ek.. tp kt NZ takde plk citer ni..huwaa... kene tunggu blk mesia la br leh tgk..dusss

HaNiM @ iTa said...

To Heidi,

Take care my dear lil sis.. ;)

Salam sayang,
~ HaNiM ~

HaNiM @ iTa said...

To farah,

Mmg best pon citer nie farah.
Directornye ialah Kabir Bahtiar..
Tue la.. kat NZ camner nak tgk erk.. x per la.. nanti beli DVD jek kat mesia.. Take care! ;)

Salam,
~ HaNim~