Thursday, November 6, 2008

:: Sharing Is Caring ::


Salam,


Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah
sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan
yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat
pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.

Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka
tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu
lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.


Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam
buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan
pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.


Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita miliki
sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak
tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.


Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian
yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta
sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka
tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda.


Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk
menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi
ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.


Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya adalah palsu.
Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang boleh
membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman
untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum.


Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramat rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.

Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang
untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.

Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup dan abadi untuk membuatkan diri anda
menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan
anda bahagia.

Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala
yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang
datang di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka
yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka
yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia
yang telah menyentuh hidup mereka.


Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan
tangisan. Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang
lalu yang telah dilupakan.


Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda
melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.


Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda meninggalkan dunia yg fana ini nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.



***********************

No comments: