Monday, May 26, 2008

:: Pesanan Dari Seorang Sahabat ::


Sahabatku,
Jika hari ini aku terlalu gembira,
Sedarkanlah aku dgn amaran2 Allah.
Jika ku bersedih tanpa kata,
pujuklah aku dgn tarbiah Pencipta.
Jika ku lemah,
Sedarkanlah agar aku berubah.
Dan jika esok ku lena tanpa terjaga,
Iringlah lenaku dgn kalungan doa..
Berjanjilah sahabatku,
Ukhwah kita utk selamanya..

"Kadang² Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
ke mana hilangnya sinar..
Rupa²nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.."

"Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali.
Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi.
Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.
Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit di dada..."
[Sahabatmu suka kepadamu,tetapi tidaklah tiap-tiap orang yang suka kepadamu itu sahabatmu ]
Salam...Addiosss!!!

Friday, May 23, 2008

:: Jodoh ::


Renungkanlah Sedalam-dalamnya.
Tidak, Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa² kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa² lewat sembahyang. Allah mendengar.
Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.
Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar² mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.
Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.
Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh² bandar raya.
Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar² membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.
Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.
Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?
Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing² padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?
Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa² belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak², carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.
Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar² mengerti tuntutan2nya.
Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus² bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia²nya.
"Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong²nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "
[ Sumber dari email untuk dikongsi bersama.. Masih mencari & menanti jodoh yg telah ditetapkan oleh-Nya.. :) ]
Salam.. Adiiooss..

Thursday, May 22, 2008

:: Caldina Oh Caldina!!! ::



Salam,

Nie nak citer sket.. Pagi tdi when i on my way going to opis, aku terserempak ngan kete idaman aku nie.. Peerrgghh!! x bole tahan sehh.. Baru lak tue.. No Plat nyer JKW 5252...
Siap tonjol blkg nak snap gamba punyer pasal...Sanggup tau demimu wahai CALDINA.. Ishh..Bile la aku nak dapat kete nie erkkk... Best nyerr.. Cun giler kete nie.. aku betul2 addicted kat kete nie.. Kat JB nie kureng la org guna kete nie..sesekali jek bole nampak.. Kalau kat KL dah melambak kete nie..

One more citer hangat pagi2 nie pasal game MU vs Chelsea.. Congrats la untuk para penyokong MU tue kan... Untuk pengokong Chelsea pulak, jgn putus harapan.. Cuba lagi dan cuba lagi..hehehehe..

Oklah...adiioss..Jumpe lagik nanti..

Friday, May 16, 2008

:: Tension ::

~ Tension mengatasi segalanyer.. ~

Nie semua kerana aku FAIL exam semalam.. ekceli nie exam untuk dapatkan lesen jadik agent unit trust.. Paling frust sbb kali nie aku study bersungguh2.. aku x main2.. tapi aku tetap FAIL..
Mungkin belom rezeki aku.. Sepatutnyer mlm tadi (15/05/2008) ader GBOP kat Mutiara Hotel tapi x pegi pon.. Mmg betul2 x der mood.. Huhuhuhu Terima kasih kepada semua yg menyokong usaha aku selama nie..Terutama skali upline aku, AZAM dan yang lain2 gak.. (GV Group)..

[9:15:43 AM] MD AZAM says: Assallammualaikum ...semua
[9:15:53 AM] MD AZAM says: Kembalikan Semangat Ultra yang Hilang
[9:16:07 AM] MD AZAM says: Mr Teo pesan jangan putus asa..baca lagi...
[9:16:12 AM] MD AZAM says: pasti berjaya..
[9:16:46 AM] MD AZAM says: Mr Teo percaya ko org klu dpt lesen lps ni pasti akan buat sungguh2..
[9:16:59 AM] MD AZAM says: sebab betapa susahnya nak dpt lesen...
[9:17:44 AM] MD AZAM says: orag yg pass ambik exam sekali saja selalunya akan kurang komitment sbb x rasa keperitan yg ko org hadapi...
[9:18:07 AM] MD AZAM says: so Insyallah rajin2 dtg kelas supaya lepas ni akan Pass Exam...

[9:18:19 AM] MD AZAM says: 8) usaha pasti jaya............
[9:18:49 AM] MD AZAM says: Good Luck My Dino.........
[9:19:39 AM] iTa @->- says: w'salam..
[9:20:11 AM] iTa @->- says: terima kasih pada ko & mr teo yg x putus2 bagi kata2 semangat..

[9:20:22 AM] MD AZAM says: jangan risau Ultra grup akan sentiasa bersama2 anda support dri blakang...
[9:20:28 AM] iTa @->- says: InsyaAllah kitaorg akan tetap teruskan perjuangan nie...
[9:20:43 AM] iTa @->- says: TAPI... kitaorg perlukan mase untuk kembalikan semangat nie...

[9:21:05 AM] iTa @->- says: Ko jgn risau... x bermakna kitaorg diam kitaorg x der submit sales!!!
[9:21:29 AM] MD AZAM says: sale & trainning tu penting...
[9:21:37 AM] MD AZAM says: so kembalikan semangat GV ultra...
[9:21:41 AM] iTa @->- says: Aku akan submit sale pada ko gak..kalau x sempat ari nie.. mayb next week
[9:21:56 AM] MD AZAM says: smlm aku present semangat sbb nmpk wahid,andy siti...
[9:22:12 AM] MD AZAM says: klu ko 2 org ada mesti lai semangat...
[9:22:22 AM] MD AZAM says: ada gugup sket..
[9:22:32 AM] iTa @->- says: tue la..aku dah cakap..walaupon kitaorg berdua x der..ko still ader Wahid, andy & CT
[9:22:59 AM] iTa @->- says: kitaorg pagi2 nie jumpe kak nor tepi jln cendana...
[9:23:08 AM] iTa @->- says: bgtau dia ape yg terjadi...huhuhuhuhuhu
[9:23:15 AM] MASITA says: wsalam..
[9:23:25 AM] MD AZAM says: tp smlm Gv ultra kurang seri tanpa ko org...
[9:24:08 AM] MD AZAM says: Ferio bawak 3 burung..
[9:24:44 AM] MASITA says: terima kasih atas semangat yg ULTRA beri pd kita org...mmg FRUST gilerr....soalan target semua kuar...mybe belum rezeki kita org...yer lah kalau kita org PASS nnt kena FULL TIME pulak.hehehe...sbb dah janji dgn wan kan...
[9:25:10 AM] MD AZAM says: so jgn janji apa2 klu x mampu buat...
[9:25:25 AM] MD AZAM says: mantapkan dlu diri sblm full time
[9:25:27 AM] MASITA says: maaf krn menyecewakan kau....kita dh buat yg terbaik...dari suara ko pon kita org dah tahu dah..
[9:25:50 AM] MASITA says: kita janji pon kalau pass....
[9:26:11 AM] MD AZAM says: x pe yg penting usaha lagi...
[9:26:21 AM] MD AZAM says: jangan putus asa..
[9:27:26 AM] MASITA says: betul...usaha tangga kejayaan...
[9:27:40 AM] MASITA says: kita x mudah putus asa...
[9:27:42 AM] MD AZAM says: aku pon target ko org lulus smlm sbb tgk ko org x putus2 hafal & baca...
[9:27:46 AM] MASITA says: peluang masih ada disini...
[9:28:17 AM] MASITA says: setelah amik yg positif...so belum rezeki...tu jelah yg boleh dicakap...
[9:28:36 AM] iTa @->- says: tue yg kitaorg frust sgt... kalau fail x study x kisah sgt...nie kitaorg study... :(
[9:28:48 AM] MD AZAM says: Ye..
[9:31:05 AM] MASITA says: dalam kepayahan pasti ada sinar nyer....
[9:33:49 AM] MD AZAM says: x pe ko take a rest dlu..
[9:34:01 AM] MASITA says: mybe salah satu cabar buat grop kita....
[9:34:05 AM] MD AZAM says: banyakan semayang sunat minta tenangkan fikiran..

Dari SITI :-
[12:36:18 PM] SITI says: hai..kakak2... lega rasanya semangat u all dah semakin pulih...syukur..alhamdulillah...
[12:37:15 PM] iTa @->- says: tapi lom pulih sepenuhnyer lagi la dik..
[12:37:19 PM] iTa @->- says: huhuhu
[12:37:33 PM] MD AZAM says: slow2..
[12:37:55 PM] SITI says: takper... yang penting dah ada perkembangan ke arah yg lebih baik...

Terima di atas semua sokongan dan dorongan..

[Semoga semangatku tidak terputus di tengah jalan.. Aminn..]

Salam.. Adiooss..

Friday, May 9, 2008

:: Selamat Hari Ibu ::

Detik masa terus berlalu tanpa menanti sesiapa dan semakin hari umur kita pun akan meningkat bersama pengedaran masa. Kita semua dilahirkan di dunia ini melalui seorang yang bernama ibu. Begitu besar peranan dan jasa insan yang bernama ibu ini. Oleh itu renungkanlah sejenak apakah yang telah kita lakukan untuk membalas segala budi ibu ini. Sekurang-kurangnya peluk dan ciumlah ibu masing-masing yang dapat berjumpa atau sekurang-kurangnya telefon ibu bagi mereka yang duduk berjauhan.Bersempena dengan hari Ibu yang akan berlangsung pada hujung minggu ini 11 Mei 2008, di sini dipaparkan sajak yang ditujukan kepada ibu.


IBU

Ibu
Setiap deras degupan jantungku
Engkau mampu merasanya
Ketika aku:
Sedih
Gembira
Gelisah
Naluri ibumu
Bagaikan sebati dalam diriku
Ketika aku sedih
Kaulah ubat kepada duka laraku
Menceriakan dan menghakis
Perasaan yang melunturkan
Semangatku
Ketika aku gembira
Engkau juga turut berkongsi
Kegembiraan yang menyinari saat
Aku hidup di muka bumi ini
Sebagai manusia
Pabila gelisah menyelubungi jiwaku
Engkau masih bersamaku
Menolong menyelesaikan
Masalah yang tak sudah-sudah mengusutkan
Perjalanan hidupku
Ibu
Selagi hayat dikandung badan
Aku akan sentiasa mendampingimu
Membelai dan menjagamu hingga ke hari tua
Ibu
Aku tahu kasih sayang yang kucurahkan kepadamu
Tak setanding kasih sayang ibu kepada anaknya
Namun, terimalah keikhklasanku
Untuk menyayangi
Insan yang mulia ini
Kepada semua ibu-ibu, Selamat Hari Ibu.
Salam, Adiooss..

Wednesday, May 7, 2008

:: Novel ::

Salam,

Sebenarnyer aku nie bukannyer pandai sangat nak mereka ayat-ayat untuk tatapan korang nie.. tapikan redah jerrr!!! Nak citer pasal novel nie..Bukan ape.. ekceli aku baru jek lps g merayap kat blog-blog novelis Alaf 21.. Kagum sungguh aku ngan mereka-mereka nie..ader jek idea derang nie nak tulis novel.. lps satu-satu..

Aku nie kan dulu suka banget bace novel-novel Alaf 21 nie.. Novelisnyer semua best-best..Novelis kegemaran aku ialah Aisya Sofea, Nea Azalea, Norhayati Berahim, Bikash Nur Idris, Lynn Dayana, Damya Hana & Sri Diah. Ingat lagi first novel aku beli ialah "Kau Yang Satu - Nea Azalea".. Setat dari novel nie aku jadik addict nak bace novel.. Setiap bulan aku mesti beli 1 novel.. Dah menjadi kewajipan.. Kalau x beli mcm terasa kelainan tue.. Tue citer dolu-dolu la kan..

Skang pulak dah lame aku tak beli novel. Bukan x nak beli tapi kesempatan untuk aku membaca novel nie dah terbatas.. Nie pon sejak dua menjak nie.. Sejak aku terjebak ngan bisness unit trust.. Aku dah tak der mase untuk membace novel..Agaknyer kalau aku bace dengan keadaan aku yg sibuk skng nie mungkin mengambil mase dalam seminggu untuk aku habiskan satu novel.. Berbanding dengan dulu.. bile dah setat bace raser mcm tak mo stop.. dalam 1 hari jek bole khatamkan satu novel.. Macam mane nak ader mase lepas opis hour jek, mesti ader appointment nak jumpe client untuk unit trust.. kekadang sampai umah tgh mlm kul 12.. Tue hari-hari bekerja.. Kalau public holiday pulak mesti ader jek roadshow unit trust nie untuk aku attend.. Sebab untuk roadshow nie aku gerak under group.. So, komitmen kene ada.. Best gak wat unit trust nie..Ramai org aku jumpe...Aku jugak semakin ramai kawan..

Isshh... mcm panjang pulak aku merepek kali nie erk.. nanti aku upload gambar koleksi novel-novel aku tuh.. sampai dah x der tempat nak letak dah novel-novel nie.. huhuhuhu..
Oklah.. Adiioss.. Sampai Jumpe lagi...

Monday, May 5, 2008

:: Fantasy Of Love ::

Aku betul-betul tertarik ngan video nie.. mmg menakjubkan..

So, enjoy!!..Jangan sampai ternganga mulut tue tgk video nie...

Everything about L.O.V.E..

Nanti sambung lagi... Adioss!!