Bismillahirrahmanirahim..
Wanita, akal senipis rambutnya
Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walau ada segalanya. Apa yang tiada di dalam Syurga?? namun ADAM tetap rindukan HAWA. DIjadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki.
Tapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus... Mana mungkin kayu yang bengkok menaghasilkan bayang yang lurus. Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjukkan oleh Allah S.W.T. kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya. Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta kerana nanti mereka akan semakin liar. Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan kerana nanti mereka akan semakin derita. Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekeal. DI situ punca kekuatan dunia!
Akal senipis rambutnya. Tebalkan ia dengan ilmu.
Hati serapuh kaca. Kuatkanlah ia dengan iman.
Perasaan selembut sutera. Hiasilah ia dengan akhlak. Suburkanlah ia kerana dari situlah nanti mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rabb.
Bisikkanlah ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan satu kelemahan. Ia bukan diskriminasi Allah, sebaliknya di situlah kasih sayang Allah.
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya pasti tidak akan terhibur dan tidak akan menghiburkan. Tanpa iman, ilmu dan akhlak, mereka tidak akan lurus bahkan akan semakin bengkok. Itulah hakikat andai wanita tidak kenal Rabb-Nya. Bila wanita menjadi derhaka pasti dunia lelaki menjadi huru-hara.
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaat semata-mata. Tapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum wanita menuju Ilahi, pimpinlah diri kepada-Nya. Jinakkan diri kepada Allah. Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu. Janganlah mengharapkan isteri semulia FATIMAH AZ-ZAHRA andai dirimu tidak sehebat SAIDINA ALI KARAMALLAH...
4 Sebab Video Penting untuk Perniagaan KECIL
2 years ago
No comments:
Post a Comment