Wednesday, November 26, 2008

:: Happy Birthday To Me ::


Happy Birthday To Me!!

Byk nyer lilin!!!!* tue sekadar perhiasan eh.. besday kek aku tahun nie lagi comel dari nie.. hahahaha...
Harapan aku semoga dimurahkan rezeki.. dipanjangkan usia.. iskk byk seh nak tulis..
senang citer.. diberkati & di rahmati di dunia dan di akhirat..
Impian tue byk.. semoga tercapai la kan..
aminn...

Thursday, November 20, 2008

:: Keistimewaan Doa Ketika Bersujud ::

Salam,

Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah. Katakanlah apa sahaja di dalam hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s. a. w. yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan doa didalamnya. Sabda Rasulullah s. a. w :-
"Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya."

Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.

"Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal, imam
yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang
tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar."

Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat manfaat atau sekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan Allah dunia dan akhirat. Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa di dalamnya. Rasulullah s. a. w biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat hairan kerana lamanya baginda bersujud.

Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh baginda dalam sabdanya yang bermaksud:-

"Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya
di hari kiamat"
Mendengar itu para sahabat bertanya:
"Bagaimanakah engkau dapat mengenali mereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah?"

Jawab baginda:
"Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta
dimasuki oleh seekor kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pula
terdapat sekor kuda putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat
mengenalinya?"

Sahabat Menjawab:
"Bahkan !" Rasulullah menyambung: "Kerana
sesungguhnya pada hari itu (kiamat) muka umatku akan putih
(berser-seri) disebabkan mereka bersujud (di dunia), segala anggota mereka ( terutama anggota wudu') putih berseri-seri oleh cahaya wudhu' !!!"

KEISTIMEWAANNYA
---------------------------
Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya. Rasulullah s. a. w. bersabda yang bermaksud:-

"Apabila Allah hendak melimpahkan Rahmat (kebaikan) kepada ahli-ahli neraka yang Dia kehendaki, Dia pun memerintahkan malaikat supaya mengeluarkan orang-orang yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan dan mereka dikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka), di mana Allah menegah neraka memakan (menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka pun keluar dari neraka, maka setiap tubuh anak Adam akan dimakan api neraka selain bekas sujud."

Begitulah Allah memuliakan hamba-Nya yang bersujud. Orang yang sujud mendapat keistimewaannya apatah lagi di dalam sujud itu kita berdoa. Sudah tentu mendapat perhatian yang sewajarnya. Semoga kita akan menjadi hamba yang benar-benar mendapat rahmat.

Wassalam.

Monday, November 17, 2008

:: Sekilas Pandang ::


"Tuhan menguji ibu bapa dengan perangai anak-anak kerana kasih
sayang tuhan kepada kita. Tuhan susahkan sikit kita di dunia ini supaya kita di
akhirat nanti tidak susah dengan azab api neraka."
w'salam..

Thursday, November 6, 2008

:: Sharing Is Caring ::


Salam,


Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah
sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan
yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat
pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.

Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka
tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu
lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.


Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam
buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan
pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.


Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita miliki
sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak
tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.


Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian
yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta
sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka
tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda.


Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk
menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi
ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.


Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya adalah palsu.
Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang boleh
membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman
untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum.


Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramat rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.

Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang
untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.

Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup dan abadi untuk membuatkan diri anda
menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan
anda bahagia.

Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala
yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang
datang di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka
yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka
yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia
yang telah menyentuh hidup mereka.


Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan
tangisan. Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang
lalu yang telah dilupakan.


Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda
melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.


Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda meninggalkan dunia yg fana ini nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.



***********************

Monday, November 3, 2008

:: Hatiku Luka ::

Salam,
Ekceli ader mcm2 nak tulis...
TAPI..
Entah la erk..
Kadang-kala bila berkecil hati dan kita berdiam adalah tindakan yang terbaik..
Hmmm.. maybe at this moment la kan...
Ya Allah... Kau tabahkan lah hati hambamu yang lemah ini...
Mungkin ini satu ujian dari-Mu..
Tak per... Bersabar tue kan separuh dari iman..
(* Tgh pujuk diri sendiri untuk lebih cool.. hikhikhik)
TAPIKAN...
Rahsia Hati tak Siapa Yang Tahu..
SO......... ....... ..............????
Hmmm... Ntah la labu....