Thursday, December 31, 2009

:: Selamat Tahun Baru 2010 ::





Salam,


Semoga tahun 2010 ini memberi seribu kemanisan dalam hidup, kerjaya dan sebagainya.. Aminn..




Nak selit skit tentang kerjaya baru saya.


Saya adalah ejen insurans dan takaful yang berlesen di bawah Prudential Assurance & Prudential BSN Takaful.


Untuk kawasan Johor Bharu, bolehlah hubungi saya untuk mengetahui lebih lanjut tentang Prudential BSN Takaful yang terhebat iaitu Medical card dan lain-lain.


Tiada paksaan. Boleh berjumpe dengan saya sebelum membuat keputusan.


Tugas saya hanya menyampai dan memberi kesedaran tentang pentingnya satu medical card untuk diri anda.







Thursday, December 24, 2009

:: Bismillah ::


Malam pasangannya siang,

Jaga pasangannya tidur,

Rajin pasangannya malas,

Dan lelaki pasangannya perempuan.


Kerana perempuan adalah pasangan kepada lelaki,

maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita itu dapat memikat hati lelaki.

Bila berkata tentang terpikat,

maka ia ada hubung kait dengan nafsu.

Jika ia ada hubung kait dengan nafsu,

ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.


Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman.

Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol.

Simbol apa, semua orang tahu.

Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak dikawal dengan iman.

Maka mata lelaki ini selalu menjalar apabila terlihat seorang perempuan.

Setiap bentuk badan seorang perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu.


Apabila seorang lelaki terlihat seorang perempuan, maka perkara pertama yang akan dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan.

Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.

Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya.

Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat bentuk lehernya, maka wajiblah wanita itu menutup lehernya.

Maka mata lelaki itu akan turun lagi melihat bentuk payu daranya, maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.

Setelah itu mata lelaki akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya,

maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya,

maka mata lelaki itu akan melihat pula akan bentuk punggungnya,

maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tidak kelihatan,

dan lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya,

maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain yang agak ketat sehingga terlihat bentuk pehanya walau sedikit,

maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan bentuk kakinya pula,

maka janganlah wanita itu berseluar,

kerana terus-terang pihak lelaki bercakap,

walau muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh,

jika beliau memakai seluar,walau nampak besar sedikit,

nafsu kami lelaki akan terusik secara sepontan,

entah tak tahu Kenapa?


Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak akan bentuk kakinya,

maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya,

maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki itu tidak berdosa,

menutup kakinya dengan melabuhkan kain,

atau memakai stokinyg warnanya jangan sesekali berwarna kulit perempuan,

maka mata lelaki ini akan kembali ke atas,

akan melihat pula bentuk tangan wanita itu,

maka tolonglah wahai muslimah,

agar melabuhkan tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.


Maka wahai lelaki,

janganlah pula kamu melihat mukanya,

kerana ia akan menimbulkan fitnah,

kecuali jika kamu wahai lelaki, ingin meminangnya.

Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang cantik akan menimbulkan fitnah,

maka berpurdahlah kamu, jika itu lebih baik untuk kamu.


Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis penyakit,

iaitu mata lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika ia terlihat warna yang menyerlah atau terang jika ianya berada pada perempuan.

Maka oleh itu wahai perempuan,

tolonglah jangan memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat.

Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami.


Itulah wahai muslimah,

jika anda semua ingin tahu apakah dia mata lelaki itu,

dan perlu diingatkan, jika semua aurat telah ditutup,

jangan anggap tugas kita telah selesai,

perlulah pula kita menjaga kehormatan diri masing2, jangan keluar seorang2,

keluarlah dengan mahram,

atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar tidak diganggu gangguan luar,

mata lelaki pula janganlah menjalar langsung kepada muslimah,

walau muslimah itu telah menutup aurat,

insyaAllah selamat dunia akhirat.


Seperti firman Allah,"Dan tundukkanlah pandanganmu dan jagalah kemaluanmu".

Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya,

sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung masih beliau tidak menutup aurat,

dan pada kaum lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia dilarangi oleh Allah SWT.


Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat. Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri.. Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga…


wasalam………………….

Tuesday, October 20, 2009

:: Syair Umar Ibnu Abdul Aziz Rahmatul'alaihi ::




Manusia berpuas hati dengan benda-benda
Yang tidak lama lagi akan fana
Dan menaruh angan-angan yang panjang
Dan harapan-harapan dari dunia.

Wahai Si Bodoh!

Tidak patut diperdaya dengan kelazatan mimpi
Siang kamu dihabiskan dalam kelalaian
Dan malam kamu tidur
Dan maut sedang menanti kamu

Hari ini kamu sedang membuat kerja-kerja
Yang akan menjadikan kamu menyesal dan risau
Di dunia ini binatang-binatang berkaki empatlah
Yang habiskan masa seperti kamu habiskan masamu

Jika kamu wahai yang lalai, dengar bunyi jam dengan penuh perhatian.
Benar-benar ia berkata, 'berkurangan..berkurangan..'
masamu dari tempoh kehidupan.

Ulama menyatakan bahawa cahaya hati lahir dari empat perkara:-
1. Menahan kelaparan
2. Bergaul dengan orang-orang soleh
3. Mengingati dosa-dosa yang pernah dilakukan (serta risau)
4. Memendekkan angan-angan

Kekerasan hati juga disebabkan oleh empat perkara:-
1. Makan hingga kenyang
2. Pergaulan buruk
3. Tidak mengingati dosa-dosa yang telah dilakukan
4. Memanjangkan angan-angan


Untuk renungan bersama.. Semoga ianya dijadikan ikhtibar dan diamalkan.. ;)
Salam..

Friday, August 21, 2009

:: Salam Ramadhan 1430H ::

Mata kadang salah melihat....
Mulut kadang salah berucap....
Hati kadang salah menduga.....
Maafkan segala kekhilafan yang pasti ada....
Marhaban ya Ramadhan,
Bulan di mana nafas kita menjadi tasbih,
tidur kita menjadi ibadah,
amal kita diterima dan do'a kita diijabah...
Seribu senyuman belum tentu menawan hati
satu jelingan sudah cukup menimbulkan rasa benci
membina mengambil masa
meruntuh sekelip masa

Selamat Menyambut
Ramadhan Al-Mubarak
Selamat Menunaikan Ibadah Puasa..
Semoga Ramadhan kali ini membawa keberkatan kepada semua dan mengukuhkan ukhwah yang terbina..


Tuesday, July 21, 2009

:: Janji ::



Salam,


"Tiada janji yang tepat selain matahari terbit esok hari.."
Memang betul.. Kita manusia biasa kadang-kadang tidak dapat lari dari janji.. Bila diri dah berjanji, kotakan lah janji itu sebaik mungkin.
Ingatan untuk diri sendiri jugak nie.. ;)


Wednesday, July 15, 2009

:: Menjaga Hati ::

MENJAGA HATI - Yuvie & Yuno



Masih tertinggal

bayangan mu

yang telah membekas

di relung hatiku

hujan tanpa henti

seolah bertanda

cinta tak di sini lagi

kau telah berpaling

REFF:

biarkan aku menjaga perasaan ini

menjaga segenap cinta yang telah kau beri

engkau pergi aku takkan pergi

kau menjauh aku takkan jauh

sebenarnya diriku masih mengharapkanmu

ooh oooh

masih adakah cahaya rindumu

yang dulu selalu cerminkan hatimu

aku takkan bisa menghapus dirimu

meskipun kulihat kau kini diseberang sana

REFF:

andai akhirnya kau tak juga kembali

aku tetap sendiri menjaga hati

REFF 2x:

sejujurnya ak masih mengharapkanmu

oooh ooohh


Salam,

Sukarnya menjadi seorang insan.

Pabila membantah dikata tidak mendengar,

mengiakan saja hati juga yg parah.

Di mana harus diluahkan resah yang terkumpul,

Ke mana pula mahu dialirkan jiwa yg sedang luka.

Kini baru ku sedar betapa payahnya untuk MENJAGA HATI...


Thursday, July 9, 2009

:: Suami dan Ibu ::

Salam,

Hanya ada dua orang yang mempunyai kuasa ini. SUAMI dan IBU. Kuasa suami keatas isteri dan kuasa ibu keatas anak2. Kuasa Mutlak ini sungguh besar ertinya disisi agama Islam sehingga seseorang itu akan dimurkai Allah sekiranya dia menyakiti hati dua golongan tadi. Sebagai contoh; seorang isteri yang melukai hati suaminya walau sedikit akan berdosa besar (bukan dalam kes terkecuali) begitu juga anak2 terhadap ibunya.

Kalau isteri - bayangkan seorang isteri yang secara tidak sedar menyakiti hati suaminya dan tidak meminta maaf. Isteri tersebut akan terus berdosa dan sekiranya dia hamil, anak tersebut akan dikandung didalam badan yang berdosa. Besar kemungkinan anak tersebut akan mendapat banyak sifat2 yang tidak baik dan seterusnya anak itu lahir dan membesar dan menjadi dewasa dan membawa sifat2 yang tidak elok itu kedalam zuriatnya. Tambahan pula dalam keadaan berdosa bagaimana doa2nya akan diterima Allah? Tanpa doa yang diterima, apalagi daya kita untuk mendapat kebahagiaan?

Kalau anak-anak cukup senang untuk mendapat dosa. Terguris sahaja hati ibunya oleh kata2 atau perbuatan maka anak tersebut akan berdosa. Yang paling ditakuti dosa tersebut tidak disedarinya. Sekiranya anak tidak meminta ampun maka dosa tersebut akan terus dipikul. Kesanya, doa2 anak tersebut tidak diterima Allah, ibadatnya tidak mendapat pahala, hidupnya akan tidak mendapat berkat dll. Akhirnya anak akan mendapat berbagai balasan dari Allah dibumi lagi. Cerita - Kita sering ditakutkan oleh para ustaz tentang cerita bagaimana dua orang pemuda yang solleh mendapat seksaan Allah dizaman Nabi saw. Yang seorang sebab dia TAK SEDAR menyakiti ibunya apabila habuk yang disapu terkena ibunya TANPA DISEDARI. Dan yang seorang lagi kerana TANPA DISEDARI dia menyakiti hati ibunya kerana mengutamakan isterinya. Ke dua2 diseksa oleh Allah sehingga nabi memerintahkan kedua ibu tadi mengampunkan anak2nya.

Ustaz kata cerita tersebut menyuruh kita sentiasa taat kepada ibu. Sebenarnya itu hanyalah setengah dari pengajaranya. Ada lagi setengah - IBU mesti tahu kuasa yang diberi kepada mereka. Oleh itu IBU MESTI MENGAMPUNKAN ANAKNYA SETIAP MALAM samada anaknya meminta atau tidak dan begitu juga dengan SUAMI MESTI MENGAMPUNKAN ISTERINYA SETIAP MALAM samada isteri meminta atau tidak. Cerita tersebut mengajar kita bahawa sebagai IBU kita mempunyai satu kelebihan yang besar keatas anak2 kerana berdasarkan cerita itu tidak mungkin pemuda2 tersebut sedar akan kesalahan mereka. Kalau dah tak sedar, bagaimana pula ingin meminta ampun.

Seorang suami dan ibu MESTI tahu akan KUASA MUTLAK ini dan kuasa ini hendaklah dijaga dengan baik. InsyAllah bermula dari satu keluarga yang mana suami memaafkan isteri dan ibu memaafkan anak, maka lahirlah satu masyarakat yang mendapat berkat dari Allah, sentiasa dibawah lindunganNya dan menjadi umat Islam yang menghayati Islam.

Ingatlah seorang ISTERI (wanita) mesti taat kepada SUAMInya (lelaki). Si SUAMI (lelaki) mesti taat kepada IBUnya (wanita). Isteri akan menjadi ibu yang akan melahirkan anak yang akan menjadi suami (anak lelaki) dan juga isteri (anak perempuan) dan seterusnya mereka akan melahirkan pula bakal2 suami dan isteri. Jadi tidak ada yang ketinggalan. Semuanya akan merasa mempunyai KUASA MUTLAK. Tetapi yang penting bukanlah 'mempunyai' tetapi MESTI menggunakan dengan bijak.


Petikan Dari : Nurkhidmah Group
(Untuk renungan bersama)